ULASAN ARTIKEL.

Komentar anda amat  dialu-alukan.

PERANAN ICT DALAM PROSES  P&P

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia amat sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara kekal dan berfokus.  Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan. Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.


http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN