Layari my blog

Teman-teman yang dikasihi, sila beri komentar anda dalam artikel yang saya persembahkan ini....

G1: PENCAPAIAN PERISIAN KOMPUTER DALAM P&P ISLAM

Check out this SlideShare Presentation:

KOMPUTER SEBAGAI ABM DALAM P&P

KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Penggunaan Komputer sebagai bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah satu pendekatan baru yang positif. Ia dapat memberi kemudahan kepada guru dalam sesi pengajaran di samping menarik minat pelajar untuk memahami subjek yang diajar.
Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka; daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan.


http://www.angelfire.com/me4/zana/kompdlmpnp.htm

TEKNOLOGI DALAM P&P

PENDEKATAN BARU DALAM PROSES P&P

Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada bidang pendidikan. Ia melibatkan proses penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan kaedah persekitaran  dalam proses pembelajaran.
Kepentingannya untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, dapat menjimatkan masa, mengelakkan rasa bosan pelajar, seterusnya dapat mewujudkan minat pelajar untuk menghayati sesi pembelajaran dan membetulkan sebarang kekeliruan sesuatu gambaran yang kurang difahami.

http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html