RPH P.ISLAM 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

 Tarikh : 20 Nov 2009
Tingkatan : 1 Ibn Sina
Masa  : 10.00 - 11.20 pagi
Bilangan Murid : 32/32
Tajuk Umum : Akhlak
Tajuk Pelajaran : Menghayati Adab Berjiran
Objektif Am : Pelajar dapat mengaplikasi adab berjiran dalam kehidupan seharian mereka

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
(1) Menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara menyemai semangat kejiranan dalam masyarakat
(2) Menyenaraikan hikmah memelihara adab berjiran
(3) Menghuraikan sekurang-kurangnya 3 akibat tidak memelihara adab berjiran

Kemahiran Berfikir : Pelajar menyedari kebaikan memelihara adab berjiran
Penghayatan Nilai : Pelajar menyedari tanggungjawab dan kebaikan memelihara adab berjiran sesama Muslim dan juga bukan Muslim
Penggabung Jalinan : Pendidikan Moral
Pengetahuan Sedia : Pelajar telah mempelajari konsep hidup berjiran dalam Tilawah Al-Quran : Konsep Perpaduan Ada Asas Kesejahteraan
Bahan Bantu :
1. Video iklan berkenaan semangat kejiranan pelbagai kaum di Malaysia Mengajar
2. Laptop dan LCD
Rujukan Guru : (1) Rijaluddin Yahya, Razliza Abdul Rahman. (2009). Panduan Revisi untuk Sukses Pendidikan Islam Tingkatan 2. Selangor. Penerbitan Pearson Malaysia Sdn. Bhd. M/s 120 (2) Junaidah Salehudin, Rosnani Rifin, Nor Aslina Mamat. (2009). Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam PMR.Puchong Selangor, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd. Mukasurat 56. Isi Pelajaran : (1) Maksud berjiran dalam Islam (2) Hak dan tanggungjawab berjiran (3) Cara menyemai semangat berjiran (4) Hikmah memelihara adab berjiran (5) Akibat tidak beradab sesama berjiran KOMPONEN PENGAJA RAN

Set Induksi

1. Pelajar mengikut bacaan doa ketua kelas
2. Guru menayangkan video tentang semangat kejiranan pelbagai kaum di Malaysia. Guru meminta pelajar berikan sekurang-kurangnya 5 nilai murni berdasarkan video tersebut
3. - Apakah nilai murni yang boleh dijadikan contoh dalam kehidupan kita berdasarkan video?
4. Guru meminta pelajar membuat kesimpulan tentang video yang ditayangkan iaitu Semangat Hidup Berjiran 5. Guru membuat peneguhan tentang tajuk yang akan dibincangkan iaitu Menghayati Adab Berjiran

Perkembangan Isi Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
1. Maksud jiran dalam Islam 1. Soal pelajar secara rawak - Orang yang tinggal bersebelahan atau - siapa itu jiran? berdekatan dengan rumah kita di kanan, di kiri, di belakang dan di depan rumah dari setiap sudut. 2. Guru menerangkan maksud berjiran dalam Islam
2. Hak dan tanggungjawab berjiran - Jenis jiran 1. Guru menjelaskan jenis jiran dan hak setiap jiran -Jiran ahli keluarga -Jiran bukan ahli keluarga -Jiran bukan Islam - Hak Jiran -Hak sebagai Muslim -Hak sebagai Keluarga -Hak sebagai Jiran
3. Cara menyemai semangat kejiranan
              1. Guru membahagikan pelajar kepada 2 kumpulan - Menziarahi jiran ketika hari perayaan
              2. Setiap kumpulan akan diberikan - Mengutamakan jiran yang mempunyai situasi berbeza untuk   dilakonkan oleh Teknik Main Peranan ikatan kekeluargaan wakil setiap kumpulan. - Memberi pertolongan sama ada diminta atau tidak Penilaian 1 - Kumpulan 1 - Menjaga hubungan baik dengan jiran

- Menghormati dan bersangka baik -cara-cara menyemai semangat dengan jiran berjiran dalam masyarakat yang tinggal dalam taman perumahan. Penilaian 3 Akibat tidak beradab sesama jiran - Kumpulan 2 - Lahir masyarakat yang mementingkan -kesan buruk tidak diri sendiri mengamalakan semangat berjiran dalam masyarakat - Kehidupan akan jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah 3. Pelajar diberi masa selama 7-10 minit untuk berbincang. - Seseorang itu akan terpinggir daripada masyarakat

4. Masa 3-5 minit untuk melakonkan situasi yang diberikan. - Sukar mendapat pertolongan daripada jiran
5. Pelajar yang tidak terlibat dalam aktiviti diminta membari maklum balas terhadap lakonana rakan-rakan.
6. Selesai persembahan, pelajar diminta merumuskan dengan mengeluarkan cara-cara menyemai semangat berjiran dan implikasi sekiranya tidak beradab dengan jiran. 4 Hikmah menjaga adab berjiran - Kehidupan berada dalam keadaan

Teknik perbincangan aman dan damai
1. Guru meminta pelajar mengeluarkan pendapat mengenai hikmah menjaga Penilaian 2 - Masyarakat hidup dalam keberkatan adab berjiran dalam kehidupan kita dab keredaan Allah hari ini. - Kemungkaran dapat dicegah dengan lebih berkesan

Rumusan
 1. Islam sangat menitikberatkan adab-adab berjiran dalam kehidupan bermasyarakat.
2. Jiran adalah orang kedua terpenting dalam kehidupan selepas keluarga.

Penilaian
1. Menyatakan 3 cara menyemai semangat kejiranan
2. Terangkan 3 hikmah memelihara adab berjiran
3. Huraikan 3 akibat jika tidak menjaga adab dalam berjiran

 Latihan Susulan
 1. Meminta pelajar menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan bersama jiran yang menunjukkan amalan baik dalam berjiran selama seminggu.

RPH PENDIDIKAN ISLAM 3

http://www.slideshare.net/akmaderahman/rph-pendidikan-islam-2009-menghayati-adab-berjiran

Buletin Balkis


Alhamdulillah, inilah buletin yang dapat saya persembahkan..

ULASAN ARTIKEL.

Komentar anda amat  dialu-alukan.

PERANAN ICT DALAM PROSES  P&P

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia amat sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara kekal dan berfokus.  Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan. Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.


http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

Layari my blog

Teman-teman yang dikasihi, sila beri komentar anda dalam artikel yang saya persembahkan ini....

G1: PENCAPAIAN PERISIAN KOMPUTER DALAM P&P ISLAM

Check out this SlideShare Presentation:

KOMPUTER SEBAGAI ABM DALAM P&P

KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Penggunaan Komputer sebagai bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah satu pendekatan baru yang positif. Ia dapat memberi kemudahan kepada guru dalam sesi pengajaran di samping menarik minat pelajar untuk memahami subjek yang diajar.
Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka; daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan.


http://www.angelfire.com/me4/zana/kompdlmpnp.htm

TEKNOLOGI DALAM P&P

PENDEKATAN BARU DALAM PROSES P&P

Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada bidang pendidikan. Ia melibatkan proses penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan kaedah persekitaran  dalam proses pembelajaran.
Kepentingannya untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, dapat menjimatkan masa, mengelakkan rasa bosan pelajar, seterusnya dapat mewujudkan minat pelajar untuk menghayati sesi pembelajaran dan membetulkan sebarang kekeliruan sesuatu gambaran yang kurang difahami.

http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html